Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers

Amzar Alif
Februari 4, 2025 11:15 MYT
Para pemenang 'Terpaling Lip Lap!' pada Majlis Makan Malam Gala dan Sesi Beramah Mesra bersama #Vaganzers serta alumni Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
Komitmen ini terserlah menerusi Majlis Makan Malam Gala dan Sesi Beramah Mesra bersama #Vaganzers serta alumni Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.
Acara eksklusif ini bukan sekadar sebuah majlis penghargaan, tetapi bukti bagaimana Astro membina hubungan erat dengan penonton setianya.
Kelompok dikenali sebagai #Vaganzers, yang terdiri daripada peminat tegar Gegar Vaganza, memainkan peranan penting dalam menjadikan program ini terus relevan dan berkembang dari musim ke musim.
Mereka bukan hanya menyokong peserta kegemaran mereka, malah menghidupkan perbualan di media sosial serta turut serta dalam pelbagai inisiatif seperti peraduan mingguan, aktiviti eksklusif Astro Rewards, kelab peminat dan interaksi bersama pempengaruh media sosial.
Mereka juga berpeluang bertemu secara langsung dengan barisan peserta GV musim ke-11 serta alumni popular seperti Naqiu, Sheila Amzah, Amelina, Ning Baizura, The Lima, Arrora Salwa, Fairuz Selamat, Illa Sabry, Noryn Aziz dan Lan Solo, yang kekal mendapat tempat di hati peminat.
Hal ini mengukuhkan peranan Astro bukan sekadar sebagai penyiar program hiburan, tetapi juga sebagai pemangkin fenomena yang menghubungkan artis dan peminat dalam ekosistem yang lebih dinamik dan bermakna.
Dengan memanfaatkan platform digital serta penganjuran acara eksklusif seperti ini, Astro terus mengukuhkan peranannya sebagai hab hiburan utama yang bukan sahaja menampilkan kandungan menarik tetapi juga membina komuniti peminat yang aktif dan setia.
Astro turut merakamkan penghargaan kepada #Vaganzers atas sokongan mereka selama ini, yang telah membantu menjadikan Gegar Vaganza satu fenomena. Peminat boleh terus menikmati pengalaman eksklusif yang ‘tidak ternilai’ menerusi pelbagai tawaran menarik daripada Astro.
Teruskan menyokong bintang finalis GV dan jom usha Konsert Akhir Gegar Vaganza pada Ahad ini, 9 Februari, 9 malam LIVE di Astro Ria, Astro Go dan sooka! #GegarVaganza2024 #Vaganzers
#GegarVaganza2024 #Vaganzers #Astro #GegarVaganza11
;