Astro perkenal dua saluran terbaru Korea

Astro Awani
Februari 13, 2015 10:15 MYT
Astro telah menambah dua lagi saluran Korea berdefinisi tinggi iaitu saliran Oh! K HD dan M Hd khas bagi peminat rancangan hiburan Korea.
Astro sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggannya demi memenuhi permintaan tinggi terhadap rancangan berunsur hiburan.
Bagi merealisasikan perkara itu, Astro telah menambah dua lagi saluran Korea berdefinisi tinggi iaitu saliran Oh! K HD dan M HD khas bagi penonton yang meminati rancangan hiburan Korea.
Naib Pengerusi Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, sebagai peneraju saluran Korea 24 jam penonton kini dapat menonton lebih banyak rancangan hiburan dari negara itu.
Selain itu, penonton juga sedikit sebanyak turut berpeluang untuk mempelajari dan mengetahui mengenai keunikan budaya Korea.
Saluran Oh! K HD 394 akan disiarkan kepada penonton bermula Oktober dengan menampilkan program berbentuk hiburan termasuk beberapa siri drama terkenal dari Korea.
Antara program terbabit termasuk rancangan hiburan 'infinate Challenge', 'I Am A Singer' dan beberapa drama seperti 'Rosy Lovers' dan 'Four Legendary Wotches'.
Sementara itu, saluran Channel M HD 395 akan membawakan rancangan berunsur program realiti dan gaya hidup dengan memberi fokus kepada penonton di semua peringkat umur.
Penonton turut disediakan dengan pilihan sari kata Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.
Pilihan audio juga disediakan termasuk dalam bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Malaysia.
#Korea #M HD #Oh! K HD #saluran baru Astro