Astro meriahkan Syawal dengan 160 program raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan

Amzar Alif
Mac 16, 2025 19:40 MYT
Astro menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000 menerusi langganan Astro One dari 1 Februari hingga 26 April 2025. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Sambutan Aidilfitri tahun ini bertambah meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.
Astro menyajikan pelbagai kandungan istimewa sepanjang Syawal, termasuk drama popular ‘Dia Imamku’, Konsert MagiSiti 2025 bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan program Sepahtu Reunion Raya.
Turut disiarkan, konsert komedi khas yang menggabungkan barisan pelawak terkenal sebagai pelengkap hiburan musim perayaan.
Selain itu, lagu raya baharu oleh Astro dengan kerjasama Rocketfuel iaitu Nyam Nyam Ketupat turut mencuri perhatian, bukan sahaja di platform digital tetapi juga menerusi acara Meet & Greet bersama selebriti di beberapa lokasi terpilih.
Selebriti Astro, Wani Kayrie, berkata lagu Nyam Nyam Ketupat semakin mendapat perhatian ramai kerana melodinya yang mudah diikuti oleh semua peringkat umur.
“Untuk hari ini, Pesta Meriah Lain Macam di Suria KLCC sangat meriah. Saya rasa sangat seronok dapat berjumpa dengan ramai pengunjung dari pelbagai negeri.
“Yang paling best, mereka sangat supportive dengan lagu Nyam Nyam Ketupat. Mungkin sebab lagu itu senang diterima oleh semua peringkat umur. Ada yang muda, ada yang tua, sama-sama menyanyikannya. It’s a great day hari ini,” katanya.
Meet & Greet Nyam Nyam Ketupat akan diteruskan ke pusat membeli-belah seteresnya iaitu Alamanda Shopping Centre pada 19 Mac, Lotus’s Ampang pada 20 Mac dan IOI City Mall Putrajaya pada 21 Mac.
Acara ini memberi peluang kepada peminat untuk bertemu selebriti Astro, menyertai pelbagai aktiviti menarik serta memenangi hadiah eksklusif.
“Jadi, boleh datang dan jumpa kami semua, penyanyi-penyanyi Nyam Nyam Ketupat. Yang paling best, pengunjung boleh menang hadiah dan dapat sampul raya Astro secara percuma. Kalau nak tahu caranya, cari sahaja photo frame Meriah Lain Macam, ambil gambar dan boleh dapatkan sampul raya Astro,” tambahnya.
Maklumat lanjut mengenai lokasi photo frame #MeriahLainMacam boleh didapati di astroinfo.co/rara2025.
Selain hiburan tanpa henti, pelanggan Astro turut berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000 menerusi kempen Astro One.
Dengan hanya melanggan Astro One dari 1 Februari hingga 26 April, pelanggan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti televisyen, telefon pintar, peralatan dapur, dan banyak lagi.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program-program terbaik di Astro dan rebut peluang menyertai aktiviti menarik yang menjanjikan pengalaman Raya yang “Meriah Lain Macam.”
#Astro #Meriah lain macam #Wani Kayrie #Nyam Nyam Ketupat #Astro One
;