Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia

Amzar Alif
Disember 2, 2024 16:26 MYT
Astro’s Big Thank you menawarkan ganjaran menarik termasuk akses 17 saluran tambahan, naik taraf Ultra dan Ulti Box percuma, serta penebusan filem blockbuster melalui Astro First tanpa kos tambahan. – Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menjadikan Astro sebagai pilihan utama hiburan mereka.
Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, kempen ini merupakan cara Astro berterima kasih kepada pelanggan yang menjadi elemen utama dalam menggerakkan segala usaha Astro selama ini.
“Ini merupakan kempen terbesar kami setakat ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kami yang mendalam kepada semua pelanggan setia. Di Astro, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam segala yang kami lakukan.
“Oleh itu, kami benar-benar ingin memberikan mereka nilai hebat, kemudahan, dan tentunya pengalaman hiburan yang terbaik,” katanya.
Kempen ini menawarkan sehingga 17 saluran tambahan yang meliputi pelbagai genre termasuk filem, drama, kandungan kanak-kanak, hiburan, dan berita.
Selain itu, pelanggan turut berpeluang menaik taraf Ultra dan Ulti Box mereka secara percuma untuk menikmati pengalaman penstriman yang lebih lancar dan berkualiti.
Tidak ketinggalan, pelanggan juga boleh menebus filem-filem blockbuster di Astro First tanpa bayaran bagi membolehkan tontonan berkualiti secara terus dari skrin TV peribadi.
Astro turut mengumumkan inisiatif istimewa sempena cuti sekolah dengan memperkenalkan saluran tambahan, ‘Home of Kids’ (Saluran 100), yang akan bersiaran sepanjang Disember 2024.
Saluran ini menampilkan kandungan menarik seperti rancangan dari Astro Ceria, Nickelodeon, Moonbug, dan DreamWorks untuk menghiburkan penonton cilik.
Sebagai pelengkap, program ‘Home of Kids’ turut akan diadakan di IOI Convention Centre, Putrajaya, dari 26 hingga 29 Disember ini.
“Kami di Astro mempunyai asas pelanggan setia yang sangat besar di Malaysia yang terus memberikan sokongan luar biasa kepada kami. Oleh itu, kami ingin terus berinovasi demi mereka, agar Astro kekal sebagai hab hiburan utama untuk seluruh isi rumah mereka,” ujarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini, pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi My Astro atau melayari laman web rasmi Astro.
“Kami menjemput semua rakyat Malaysia dan pelanggan Astro untuk memuat turun aplikasi My Astro supaya mereka dapat melihat hadiah peribadi yang telah kami sediakan untuk mereka.
“Selain menggunakan aplikasi My Astro, mereka juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di akaun Astro masing-masing atau berhubung dengan kami melalui WhatsApp jika memerlukan bantuan,” tambahnya.
Astro turut menawarkan pakej penjimatan terhad untuk pelanggan baharu dengan harga serendah RM41.99 sebulan, lengkap dengan pemasangan percuma.
Dengan inisiatif ini, Astro sekali lagi membuktikan komitmennya untuk menyediakan hiburan premium kepada semua rakyat Malaysia, sekaligus menghargai sokongan padu daripada pelanggan setianya.
Untuk maklumat lanjut boleh layari astro.com.my atau terus Whatsapp ke talian 03-95433838.
#Astro's Big Thank You #Tai Kam Leong #Home of Kids #hiburan tanpa had #sempena cuti sekolah #Astro
;