'Asmara songsang' cuba basmi budaya cinta sejenis
Astro Awani
Februari 17, 2013 19:05 MYT
Februari 17, 2013 19:05 MYT
Gejala yang semakin menular ini menyebabkan pengarah, Rahman Adam membawakan pementasan “Asmara Songsang” sebagai usaha membasmi golongan homoseksual dan cinta sejenis.
Menurut Rahman, pementansan ini akan diadakan di Pentas lambing sari pada 1 dan 2 Mac depan.
"Asmara Songsang" mengisahkan golongan cinta sejenis yang menuntut hak supaya kerajaan menghalalkan pergerakan mereka.
Antara pelakon yang bakal menjayakannya termasuk Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Bagaimanapun pihak produksi menolak jika pementasan ini mempunyai kaitan dengan mana-mana individu mahupun bermotifkan politik selain ianya mendapat kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Selain Rahman selaku pengarah, teater ini turut dijayakan Pak Ngah sebagai pengarah muzik serta Lokman Ghani selaku pengarah seni.