Ashton Kutcher sedia dikritik
Astro Awani
Januari 27, 2013 17:45 MYT
Januari 27, 2013 17:45 MYT
Memainkan watak Steve Jobs yang dikenali ramai, Ashton Kutcher akui dirinya gementar.
Aktor itu juga akan menerima dengan hati terbuka jika ada pihak yang ingin mengkritik lakonannya.
Aktor berusia 34 tahun itu berada pada malam penutup Festival Filem Sundance untuk tayangan perdana “Jobs”.
Kutcher menjayakan watak pengasas “Apple Inc” pada 1970-an sehingga pelancaran Ipod pertama pada 2001.
Sebagai seorang yang meminati teknologi, Kutcher menyifatkan Jobs sebagai heronya secara peribadi.
Sebagai persediaan watak, Kucher juga menonton arkib selain mendengar ucapan lama Jobs disamping menemubual beberapa rakan lamanya.
Filem ini juga memaparkan sisi negative Jobs termasuk tidak memberikan nafkah hidup kepada ibu anak sulungnya.
Filem yang diarahkan Joshua Michael Stern itu turut dibintangi Josh Gad dan bakal ditayangkan di pawagam pada April depan.