Ashton dedah akibat tiru diet Jobs

Astro Awani
Januari 29, 2013 10:39 MYT
Ashton Kutcher dimasukkan ke hospital kerana meniru tabiat diet memakan hanya buah-buahan yang diamalkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs sebelum memulakan penggambaran filem terbarunya, "jOBS".
Menurut Mashable.com, pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan perkara tersebut sewaktu tayangan perdana filem itu di Festival Filem Sundance baru-baru ini.
Menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang "menakutkan" kepada USA Today, Ashton berkata: "Pertama sekali, diet buah-buah boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih teruk."
"Saya berada di hospital selama dua hari sebelum kita memulakan penggambaran setelah mengalami kesakitan.
"Pankreas saya hampir rosak sepenuhnya, sesuatu yang benar-benar menakutkan untuk diingati," katanya.
Steve Jobs, pengasas bersama Apple, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada tahun 2011.
Filem yang mengisahkan kehidupan Steve Jobs itu akan ditayangkan di pawagam pada 19 April depan.
Sebelum ini, beberapa pelakon terkenal pernah melalui pengalaman yang sama bagi mendapatkan gambaran sebenar watak yang mereka bawakan.
Tom Hanks kehilangan berat badan sebanyak 25kg untuk menyerupai mangsa yang terkandas akibat kemalangan kapalterbang dalam filem Cast Away.
#Ashton Kutcher #film #jobs #Steve Jobs
;