Ashraf Sinclair tunda pembukaan restoran
Astro Awani
Januari 23, 2013 08:27 MYT
Januari 23, 2013 08:27 MYT
Perasmian restoran milik Ashraf Sinclair di Jakarta, Indonesia terpaksa ditangguh akibat banjir.
Bencana yang melanda bandar itu sejak lebih seminggu lalu memaksa Ashraf untuk menunda acara ke tarikh lain.
Suami kepada penyanyi indonesia, Bunga Citra Lestari itu merupakan pemilik francais "T.G.I. Fridays" di Lippo Mall Kemang.
Ashraf mengambil keputusan untuk menunda tarikh perasmian itu kerana mengambil kira keadaan rakannya yang terkena musibah itu.
Sehingga kini aktor dari Malaysia itu masih belum mengumumkan tarikh baru perasmian restorannya bagi menumpukan perhatian membantu mangsa banjir.