Ashraf Muslim: Zuriat bukan sebab saya kahwin lagi
Astro Awani
Julai 26, 2013 18:04 MYT
Julai 26, 2013 18:04 MYT
Ashraf Muslim, yang baru-baru ini, berkahwin buat kali kedua, berkata ketiadaan zuriat bukan sebab sebenar dia mengambil keputusan berkahwin lagi.
Walaubagaimanapun, pelakon ini mengakui bahawa isteri pertamanya, Noor Dayana tidak mengetahui tentang pernikahan keduanya.
Dia juga meminta maaf kepada Dayana atas tindakan yang membuatkan hati wanita itu sedih namun berharap kedua-dua isterinya dapat menjalinkan hubungan baik.
Ashraf mengahwini isteri keduanya, Wan Sakinah pada 7 Julai lepas di Pattalung, Thailand dengan ditemani ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Ashraf berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan kerana Wan Sakinah tertekan dengan isu ini.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.