Ashraf Muslim tidak minat jadikan perubatan Islam sebagai 'content'
Gempak
Oktober 30, 2024 14:00 MYT
Oktober 30, 2024 14:00 MYT
PELAKON, Ashraf Muslim menyatakan dia tidak berminat untuk membuat sebarang kandungan atau 'content' berkaitan dengan perubatan Islam.
Jelas Ashraf, sebagai pengamal perubatan Islam, dia mahu niat mengubati pesakit memberi manfaat kepada orang ramai dan bukan sebaliknya.
“Sebenarnya saya tak berminat sangat dengan 'content' sebegitu, sebab orang cakap bila kita buat perubatan Islam ini dia ada keistimewaannya.
“Tak semua orang ada, jadi benda-benda macam tu saya risau akan ada kesan yang negatif.
“Sebab niat berubat tu adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain kita tak nak ada benda yang negatif,” katanya kepada Gempak.
Pemilik nama Muhd Ashraf Muslim,43, juga menyatakan dalam mengamalkan perubatan Islam ini perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
“Kadang-kadang pendapat orang berbeza, jadi saya tidak berminat sangat dengan 'content' seperti itu.
“Siapa yang mengenali saya dan nak mintak tolong saya akan tolong.
“Dalam perubatan ini kena orang yang ikhlas, nanti bila kita terlalu sangat berkongsi datang pula yang tidak ikhlas. Jadi sebab itu saya tak membuat sebarang perkongsian.
“Kalau ada yang tanya pasal seram-seram ini saya tak akan cerita. Dan saya akan cerita lebih kepada ilmu supaya orang faham,” tambahnya.
Namun, Ashraf tidak menghalang sesiapa yang pernah berubat dengannya untuk berkongsi perkara tersebut di media sosial.
Baginya itu adalah hak peribadi untuk membuat perkongsian di media sosial kata Ashraf ketika sidang media Budak Pendamping baru-baru ini. - Gempak