'Aset' dipegang Zain: Awas acik bawang! - Che Ta

Astro Awani
Disember 21, 2018 09:52 MYT
Seakan mengetahui bakal dihujani pelbagai komen, Rozita atau lebih dikenali Che Ta melontarkan amaran lebih awal kepada pengikutnya. - Foto Instagram/rozitachewan1
Gambar yang dimuat naik pelakon Rozita Che Wan di akaun Instagram miliknya seringkali mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Seakan mengetahui bakal dihujani pelbagai komen, Rozita atau lebih dikenali Che Ta melontarkan amaran lebih awal kepada pengikutnya.
Mana tidaknya, menerusi foto yang dirakamkan di tepi pantai di Pulau Langkawi, Che Ta bersama suaminya, Zain Saidin dalam keadaan berpelukan yang mana sebelah tangan Zain berada di pinggul Che Ta.
"Acik acik bawang jangan kecam... Zain pegang aset bini dia, bukan bini orang," katanya.
Macam biasa, ada netizen kisah dengan amaran Che Ta itu?
Maka, foto tersebut dihujani ratusan komen, termasuk kritikan pada foto yang mendapat lebih 61,000 like.
#Instagram #Langkawi #Rozita Che Wan #Zain pegang aset Che Ta #Zain Saidin