ARMY, persiapkan diri anda! BTS bakal lancar album baharu tahun ini

Asyraf Roslan
Julai 27, 2020 08:00 MYT
Big Hit Entertaiment turut memaklumkan bahawa kumpulan yang popular dengan lagu Fake Love itu akan mengeluarkan single baharu secara digital pada 21 Ogos akan datang.
ARMY persiapkan diri anda!
Kumpulan sensasi Kpop, BTS mengumumkan mereka sedang merancang menerbitkan album baharu tahun ini.
Big Hit Entertaiment memaklumkan kumpulan yang popular dengan lagu "Fake Love" itu akan mengeluarkan single baharu secara digital pada 21 Ogos ini.
Kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga mendedahkan berita gembira itu melalui satu siaran secara streaming di V Live.
Menurut BTS, single digital ini merupakan satu lagu berentak rancak.

new single: august 21st!! pic.twitter.com/lNGyaNKEng

— claire (@btstranslation7) July 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan Allkpop, selepas single digital ini dikeluarkan, BTS dijangka menerbitkan album penuh menjelang akhir tahun ini.
#album baharu #ARMY #Big Hit Entertaiment #BTS #Jimin #Jungkook #Single #Suga
;