Army, bersedia... koleksi patung BTS sah muncul September ini
Agensi
Mac 26, 2019 20:48 MYT
Mac 26, 2019 20:48 MYT
PEMINAT kumpulan K-Pop, BTS! Anda pasti akan teruja dengan kemunculan anak patung ikonik BTS September ini.
Jenama Mattel yang terkenal melalui anak patung ikonik Barbie kini muncul dengan produk terbaharu hasil kerjasama dengan kumpulan K-Pop popular itu.
Dalam satu pengumuman pada 7 Januari, Mattel mendedahkan penghasilan anak patung yang memaparkan setiap ahli BTS atau ‘Beyond The Scene'.
Kemunculan anak patung imej BTS itu telah digembar-gemburkan di media sosial Twitter, selepas Mattel memuat naik imej (teaser) dengan ayat berbunyi “no more dreaming, something big's coming”.
‘Teaser’ yang sudah mula dikongsi sejak 18 Mac lalu telah mendapat ulang ciap sebanyak 51 ribu.
Dalam imej berkenaan, ahli-ahli BTS V, Suga, Jin, J-Hope, Jungkook, Jimin dan RM dilihat menggayakan rambut berwarna dan pakaian yang diilhamkan oleh video muzik untuk IDOL.
Harga anak patung tersebut akan dijual bermula pada harga bermula AS$9.99 (RM80) sehingga AS$140 (RM 570).