Ariana Grande bakal sertai Blackpink?
Asyraf Roslan
Julai 23, 2020 08:57 MYT
Julai 23, 2020 08:57 MYT
BARU sahaja melancarkan comeback "How You Like That", kumpulan Kpop sensasi, Blackpink akan hadir dengan sebuah lagi lagu baharu.
Perkara tersebut diumum YG Entertainment melalui satu kemas kini di akaun Twitter pada Khamis.
YG mengumumkan bahawa kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie akan hadir dengan sebuah single baharu pada Ogos.
Pada gambar yang dimuat naik juga terdapat satu gambar misteri yang menunjukkan akan ada artis berkolaborasi bersama kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu.
Baru sahaja dimuat naik, bukan sahaja kata kunci nama Blackpink trending, malah nama penyanyi Ariana Grande juga turut trending.
Blinks meneka bahawa Ariana adalah artis yang dimaksudkan oleh YG sebagai artis misteri itu.
Terdahulu Blackpink pernah berkolaborasi bersama Dua Lipa menerusi lagu "Kiss and Make Up" dan juga bersama Lady Gaga iaitu "Sour Candy".
Ariana Grande atau bukan? Sama-sama kita nantikan pada Ogos ini.