Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?

Sinar Harian
Jun 28, 2018 07:48 MYT
Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa. Foto Instagram nadzmiadhwa
PELAKON Nadzmi Adhwa memberitahu aktres Ardell Aryana kini sedang sakit.
Pun begitu, pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin.
Terdahulu, Nadzmi, 26, memuat naik video di Instagram miliknya beserta kapsyen panjang lebar tentang kesihatan Ardell, 28, yang bakal menjalani rawatan terapi.
Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen Nadzmi, netizen memberitahu Ardell kini sedang sakit kanser tahap 3.
Difahamkan netizen mengetahui berita itu ketika Nadzmi membuat Instagram Live (IGLIVE) pada petang Khamis.
Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi selaku teman rapat Ardell bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon namun gagal.
Manakala cubaan menerusi WhatsApp turut tiada jawapan selepas Nadzmi menjawab salam.
"Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.
"Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
"Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
"Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.
Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.
#Ardell Aryana #Instagram #Instagram Live #kanser #kesihatan #Nadzmi Adhwa #pelakon #sakit #terapi #WhatsApp
;