Aqasha tersingkir, tujuh bintang mara ke separuh akhir

Azyyati Ahmad
Disember 3, 2017 07:21 MYT
Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 34, tewas dengan markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu "Thats Why You Go Away". -Astro Gempak
Perjalanan penyanyi Aqasha di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berakhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.
GV4 yang memasuki minggu keenam itu, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 34, tewas dengan markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan lagu "That’s Why You Go Away" nyanyian asal Michael Learns to Rock.
Penyingkiran Aqasha seterusnya melayakkan tujuh bintang lain iaitu Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Tia Jinbara, Firman dan Syura ke peringkat separuh akhir.
GV4 minggu keenam menampilkan tema ‘Jangan Tak Tahu" dan dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse, sementara Tajul dan Wany Hasrita tampil sebagai artis jemputan.
Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Juri profesional yang mengadili pertandingan ini adalah Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal tampil sebagai juri jemputan.
#Aqasha #Gegar Vaganza #GV4 #Liza Hanim
;