Apokalips X, Mamat Khalid lari dari kebiasaan

Azyyati Ahmad
April 8, 2014 08:30 MYT
Filem terbaru Apokalips X arahan Mamat Khalid dikatakan bakal memberi fenomena baru dalam sejarah industri perfileman negara.
Filem yang bergenre Fantasi ini juga dilihat lari dari kebiasaan dari filem-filem terdahulu Mamat Khalid seperti Kala Malam Bulan Mengambang, Estet dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Apokalips X menggunakan 70 peratus teknik CGI di dalam pembuatannya telah pun mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 April.
Pelakon utamanya, Farid Kamil yang melakonkan watak X berkata, kesukaran untuk berlakon di dalam filem ini adalah untuk menggambarkan keadaan Malaysia pada tahun 2046.
“Saya perlu bayangkan Malaysia pada tahun 2046 dan saya sendiri tertanya-tanya tentang apa yang saya lakukan.
“Setiap pelakon, dipilih khusus untuk watak yang dibuat“ ceritanya ketika diwawancara Gala TV.
Pelakon baru, Dazzrin Kamarudin berterima kasih kepada pengarah filem ini kerana memberi peluang kepadanya melakonkan watak Chin Long.
“Ini merupakan filem pertama dan projek saya yang pertama sebagai pelakon, abang Mamat yang memberi peluang kepada saya menunjukkan bakat” katanya.
Paling menarik, semua pelakon yang berlakon filem ini tidak pernah menonton filem tersebut sehingga tayangan perdananya pada 3 April.
Apokalips X mengisahkan pergelutan kuasa antara lima puak selepas kemusnahan dunia akibat perang dunia ketiga.
Ia melibatkan puak merah putih, puak Taring Led, puak Flora, puak Teratai dan puak Jengking.
Kesan dari peperangan tersebut, ramai penduduk terbunuh dan meninggalkan kanak-kanak tanpa penjaga mereka.
Selain Farid dan Dazzrin, pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Peter Davis, Sarimah Ibrahim, Jehan Miskin, Iqram Dinzly, Pekin Ibrahim, Adam AF, Pyan Habib dan ramai lagi
Beberapa pengguna sosial mengakui teruja untuk menonton filem terbaru terbitan Astro Shaw ini.

Wa tgk wyg ! Ini mkne ny movie partner waa dah balik. Tq baby #ApokalipsX best jugak ! pic.twitter.com/b7YqGhA9hp

— iPhone Userzx (@MieraMayra) April 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yesterday nite Billy me n intan #apokalipsX,super duper awesome.images,cgi and cinematography compile as cinema.Genius Khaled Mamat.subtext.

— malayelectricarmy (@armyofmerah) April 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kalau semua hutang dibayar dengan mata,tak ada lagi yang celik di dunia #Apokalipsx.

— Maya Sari Nyambar (@MayaSariNyambar) April 5, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Well I personally love the movies. Ada mesej ada taste. Thumbs up to Mamat khalid #apokalipsx woot woot

— Kheme Rosly (@khemeRoss) April 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#ApokalipsX Gambarkan Kehancuran Dunia Jika Tiada Perpaduan | Wayang | http://t.co/zcDXnoldk0 http://t.co/BplfuTFlYV

— Eleanor (@AfdalShahizad) April 7, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Apokalips X #Dazzrin #Farid Kamil #Jehan Miskin #Mamat Khalid #Peter Davis
;