Aplikasi ONEMUSIC-My Social Entertainer ... segalanya di sini!
Israr Khalid
Disember 4, 2017 17:12 MYT
Disember 4, 2017 17:12 MYT
Ketika dunia sedang rancak beranjak ke platform digital, industri muzik turut tidak terlepas mengikuti arus perubahannya.
Apabila semuanya berada di tangan anda menerusi peranti mudah alih, maka banyaklah aplikasi dicipta bagi membolehkan muzik dan hiburan selainnya diakses, menggantikan medium konvensional.
Tetapi dengan lambakan pilihan yang tersedia, tidak semuanya berupaya menyediakan akses kepada lagu-lagu pilihan anda pada masa sama kandungan lain seperti video dan berita terkini sekitar industri.
Memperkenalkan ONEMUSIC-My Social Entertainer, sebuah aplikasi hiburan yang merangkumi segalanya! Bukan hanya muzik, tetapi pelbagai kandungan dan informasi sekitar dunia hiburan dalam dan luar negara.
Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong, ia menjadi sebuah platform lengkap yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak para peminat muzik seluruhnya.
“Segalanya dikoordinasi dalam satu aplikasi ini, muzik, kandungan eksklusif seperti video, podcast, radio dan berita di samping keupayaan untuk berinteraksi di media sosial secara lebih menarik menerusi Tunemoji.
“Malah, pelanggan premium juga dapat mengakses pelbagai kempen dan peraduan contohnya tiket ke konsert penyanyi kegemaran anda atau undangan untuk bertemu artis pujaan anda, dan ianya tidak boleh didapati di tempat lain – hanya di sini,” jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancarannya di sini hari ini.
Pelancaran aplikasi seumpamanya yang pertama di Asia Tenggara itu turut dihadiri artis-artis naungan UM antaranya Anggun dan Fazura, yang turut mengumumkan kolaborasi istimewa antara mereka dengan lagu berjudul The Good Is Back yang akan dilancarkan secara eksklusif di platform ini tahun hadapan.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Ng Kok Heng.
Jika anda pengguna XOX, semak Tunemoji ketika mengulas dan berkongsi muzik dengan rakan anda! Degnan kandungan 'gif' animasi terbesar (termasuk sedutan video muzik artis kegemaran anda!), anda tidak lagi membalas mesej dengan cara lama.
Aplikasi yang dibangunkan UM bersama XOX MEDIA, anak syarikat XOX Berhad ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Appstore dan Google Playstore juga boleh didaftar menerusi emel atau laman media sosial.
Nota: ONEMUSIC-My Social Entertainer boleh dinikmati dalam tiga pakej berbeza (BASIC, PLUS dan PREMIUM) tergantung kepada pembelian pakej data XOX.
#Anggun
#Apple Appstore
#data XOX
#Fazura
#Google Playstore
#muzik
#onemusic
#OneMusic - My Social Entertainer
#streaming
#tunemoji
#Universal Music
#xox