Aplikasi iPad majalah digital hiburan Studio H dilancarkan

Astro Awani
April 2, 2014 04:22 MYT
Anuar Zain penghias muka depan majalah digital hiburan Studio H
Majalah digital hiburan pertama di Malaysia, Studio H, satu inisiatif terbaru Astro Digital Publications dilancarkan hari ini.
Menampilkan penyanyi popular negara Anuar Zain sebagai penghias muka depan, antara kandungan menarik yang dimuatkan dalam majalah digital tersebut adalah perkembangan terbaru mengenai pelakon Bront Palarae, chef selebriti Nik Michael, penyanyi Hafiz dan ramai lagi.
Buat masa ini, pengguna iPad boleh mendapatkan edisi pertama majalah digital Studio H dengan memuat turun aplikasi Studio H di Apple Store.
Untuk pengguna iPhone, Tablet, Smart Phone dan Android, nantikan kemunculan Studio H tidak lama lagi.
Ikuti Studio H di Twitter @studioh_MY dan instagram: StudioH_MY.
#Astro Digital Publications #majalah digital #Studio H