Apabila Tun Mahathir menonton Star Wars di Sunway Pyramid

Syafique Shuib
Disember 23, 2015 19:45 MYT
Menurut sumber yang bertugas di Sunway Pyramid, kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengejutkan ramai pihak.
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Sunway Pyramid, Bandar Sunway petang tadi mengejutkan ramai pihak.
Lebih-lebih lagi apabila bekas Perdana Menteri terus ke dewan tayangan di pawagam yang terletak di situ untuk menonton filem ‘Star Wars: The Force Awakens’.
Menurut sumber, pihak pusat membeli belah itu turut terkejut dengan kehadiran Tun Mahathir kerana mereka tidak menerima sebarang pengumuman tentang ketibaan ahli politik itu.
Difahamkan Tun Mahathir tiba di Sunway Pyramid pada jam 2.45 petang bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Filem berkenaan ditayangkan pada jam 3 petang dan kedua-dua mereka bergegas pulang pada jam 5.30 petang.
Keadaan turut terkawal dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Tun Mahathir.
Netizen Hasan Hasnan turut kongsi gambar detik keemasan itu.
Katanya, adik beradik beliau menonton filem Star Wars bersama Tun Mahathir.

My siblings are lucky enough to be watching starwars with ..... pic.twitter.com/TJP5KdW9NZ

— Hasan Hasnan (@HasanHasnan) December 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa netizen lain turut luahkan reaksi mereka:

Eii aku suka betul la Tun M and his wife . Dah lanjut usia pun sweet lagi adoii sporting gila

— .BIBLIOPHILE. (@ordinarygirl___) December 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Uish Tun M pun tgk star wars /p>— wani. (@waniibrahim_) December 23, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tun M still wear the same clothes even watching movie .... Real or not real??

— chewbacca (@FarizimanN) December 23, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Star Wars #Sunway Pyramid #The Force Awakens #Tun Mahathir #Tun Siti Hasmah
;