"Apabila saya nak berkahwin dengan Aida, kenapa kena hina? - Bakal suami A. Aida

Sinar Harian
Julai 18, 2018 19:55 MYT
Kata Arif, sepatutnya niatnya untuk mendirikan rumah tangga disambut dengan doa-doa yang baik, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
BAKAL suami A. Aida, pelakon Ariff Aziz, meluahkan rasa kesal apabila dilemparkan pelbagai kecaman dari netizen selepas berkongsi hasratnya untuk menikahi penerbit terkenal itu.
Kata Arif, sepatutnya niatnya untuk mendirikan rumah tangga disambut dengan doa-doa yang baik, tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila ramai netizen melemparkan kata-kata negatif yang menjadikan jarak usia mereka sebagai isu.
"Dalam sejarah Islam sendiri iaitu pada zaman Nabi kita perkahwinan membabitkan pasangan yang berbeza usia ini sudah berlaku. Jadi, apabila saya nak berkahwin dengan Aida, kenapa kena hina?
"Walaupun secara luaran Aida nampak 'happy go lucky', tetapi jauh di sudut hatinya dia sedih dengan perkara ini. Pesan saya kepada netizen, sila jaga tepi kain sendiri," katanya seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar.
BACA: Penerbit Datuk A Aida dilamar aktor berusia 29 tahun
BACA: A. Aida nikah pelakon muda Sabtu ini
Ariff atau Wan Izma Ariff Abd Aziz, 29, bagaimanapun tidak menganggap kecaman tersebut mengganggu persiapan majlis pernikahannya dengan A. Aida 48, yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.
Terdahulu sebelum itu, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf ini telah melamar A. Aida yang telah dikenalinya lebih empat tahun lalu di sebuah restoran dengan menyerahkan cincin bertatah berlian dalam suasana yang begitu romantik.
#A Aida #Ariff Aziz #netizen #pelakon #penerbit #Wan Izma Ariff Abd Aziz
;