Apabila hargai isteri, Allah mudahkan perjalanan dan murahkan rezeki - Aeril Zafrel

Gempak
November 9, 2018 16:38 MYT
Aeril Zafrel menyifatkan perkongsian kejutan untuk isterinya, Wawa Zainal di media sosial sebagai kenangan mereka. -Foto Gempak
PELAKON Aeril Zafrel menyifatkan perkongsian kejutan untuk isterinya, Wawa Zainal di media sosial sebagai kenangan mereka.
Menurut Aeril, foto albumnya adalah akaun Instagramnya.
"Sebenarnya ramai di luar sana yang melakukan perkara sama seperti saya dan Wawa lakukan cuma mereka bukan selebriti.
"Bagi saya, perkongsian yang dilakukan adalah untuk menyimpan kenangan. Foto album saya adalah akaun Instagram saya.
"Apabila kita menyimpan di Instagram, kenangan itu akan sentiasa diabadikan di situ," katanya.
Aeril ditemui ketika Majlis Tayangan Filem 7UJUH di E-Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, berkata dia mengambil respon positif daripada pengikutnya mengenai perkara tersebut.
"Ada yang memandang itu adalah cara saya untuk menghargai pengorbanan seorang isteri.
"Saya rasa apabila kita menghargai isteri, Allah akan lebih memudahkan perjalanan kita serta murahkan rezeki," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Aeril sedang giat mempromosikan filem seram-thriller, 7UJUH yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 November 2018.
Selain Aeril, pelakon lain yang turut menjayakan 7UJUH adalah Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Siti Saleha, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Deedee Nash, Wan Hanafi, Faizal Hussein dan ramai lagi.
#7UJUH #Aeril Zafrel #Instagram #kejutan untuk isteri #media sosial #Pekin Ibrahim #Riz Amin #Suhairil Sunari #Wawa
;