Apabila Amy Schumer ganti tempat pengarang Vogue Anna Wintour
Syafique Shuib
Jun 19, 2016 22:12 MYT
Jun 19, 2016 22:12 MYT
PELAWAK terkenal Amy Schumer dan pengarang majalah Vogue Anna Wintour sahut cabaran untuk bertukar kerjaya dalam satu video yang dimuat naik di laman Vogue.com.
Video lucu itu diterbikan setelah Schumer menghiasi kulit depan majalah terkenal itu untuk edisi Julai 2016.
Dalam video berdurasi 3 minit 34 saat itu, Schumer dan Wintour berkata kerjaya masing-masing begitu mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
“Apa yang anda lakukan senang sahaja. (Anda cuma perlu cakap) itu tidak bergaya… jaket itu tidak kena.
“Saya boleh lakukan apa yang anda lakukan,” kata Schumer kepada Wintour.
Wintour, yang terkenal dengan sikap dingin, sahut cabaran untuk menjadi pelawak stand-up.
Ternyata Schumer terkejut dengan tugasan seorang pengarang majalah fesyen yang harus membuat pelbagai keputusan.
Schumer kelihatan letih di akhir video itu namun terkejut apabile melihat Wintour berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pelawak stand-up dengan baik.
“Saya begitu seronok lakukan ini,” balas Wintour kepada Schumer.
Video itu menerima hamper 830,000 tontonan di YouTube dan 12,444 'Like'.