Apa yang menarik malam raya di Astro

Astro Awani
Ogos 7, 2013 13:56 MYT
Buat pertama kalinya, Aznil Haji Nawawi meraikan malam raya di Astro Ria! Rancangan yang bertajuk ‘Raya Dam Dam Dum Pak Nil!’ akan bersiaran secara langsung dari rumahnya sendiri, rancangan ini bakal memaparkan persiapan Hari Raya Aznil dan keluarga. Turut dijemput untuk memeriahkan suanana adalah barisan selebriti yang turut berkongsi pengalaman berhari raya masing-masing, serta tayangan istimewa selebriti-selebriti terpilih dari seluruh Malaysia menyambut Malam Raya. Rancangan ini boleh ditonton di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (134) yang ke udara pada pukul 9 malam.
Di saluran Astro Prima (105) pula akan menayangkan telefilem menarik ‘Syair Si Bonda’ lakonan Nabila Huda dan Ogy Ahmad Daud. Drama yang akan disiarkan pada pukul 10 malam ini, berkisahkan kasih antara seorang anak angkat dan ibunya dicabar dalam pelbagai rintangan namun kasih ibu tidak mungkin akan ada tandingannya.
Tidak ketinggalan filem menarik di malam raya, filem Aji Noh Motor akan disiarkan pada malam raya di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Filem lakonan Zalif Sidek dan Wawa Zainal ini mengisahkan mengenai seorang abang, Pali yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, Panji. Pali seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Pali menang, dia hanya akan mengambil spare part ataupun keseluruhan motor orang yang kalah sahaja. Panji pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan buta. Mahu tahu apa yang menarik mengenai filem ini, jangan lupa menontonnya pada malam raya pukul 11 malam.
#Aznil Haji Nawawi #Nabila Huda #Ogy Ahmad Daud #Raya Dam Dam Dum Pak Nil! #Syair Si Bonda
;