"Apa yang jadi pada Mr Grey buat saya lebih berhati-hati" - Eyra Hazali
Gempak
Mei 3, 2018 16:00 MYT
Mei 3, 2018 16:00 MYT
Pelakon drama bersiri Mr Grey, Eyra Hazali mengakui lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan sebagai anak seni.
Menurut Eyra, 19, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa pada pelakon Fendy Bakry dan perkara itu membuatkan dirinya sentiasa mendekatkan diri pada Allah.
"Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut mengenai apa yang terjadi pada Fendy kerana saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
"Dalam bidang seni ini kita perlu berhati-hati kerana tidak semua orang yang sukakan apa yang dilakukan oleh kita.
"Sebagai seorang Islam kita harus sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan memohon agar dijauhkan daripada anasir jahat.
"Saya akan selalu mengamalkan doa-doa yang sesuai setiap hari supaya diri saya sentiasa dilindungi dan dapat menghindarkan diri saya daripada perkara-perkara yang tidak elok," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Mr Grey semakin pulih
Eyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Azura Couture Raya 2018 di Quill City Malla, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Drama bersiri Mr Grey lakonan Fendy bersama Eyra Hazali kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi