Apa tujuan sebarkan berita saya meninggal dunia? - Awie Wings

Astro Awani
Ogos 20, 2015 23:25 MYT
Sekali lagi khabar angin kononnya penyanyi rock terkenal tanahair Awie meninggal dunia menjadi tanda tanya di media sosial. - Gambar Fail
Sejak Rabu, netizen tertanya-tanya kebenaran berita kononnya penyanyi rock terkenal tanahair Awie Wings meninggal dunia.
Namun stesen radio Sinar FM hari ini menghubungi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, untuk mendapatkan kepastian dan apakah kisah disebalik penyebaran berita itu.
Ternyata beliau sihat dan sedang berehat ketika dihubungi.
“Dari semalam orang cerita pasal ni. Saya tak tahu kenapa dan apa tujuan penyebar berita palsu ini,”kata Awie ringkas kepada stesen radio itu.
Namun, turut dipercayai khabar angin itu bermula dengan perkongsian semula keratan akhbar bertarikh 26 November 2013 dimana Awie yang dimaksudkan adalah ‘Awie Lahad Datu’ (nama sebenar adalah Maslee Lumayan) yang meninggal dunia.

Awie lain yang meninggal rupanya. Awie lahat datu. Jangan memain pasal meninggal. -_-

— Ecam. (@esyamyaacob) August 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Awie wings meninggal ke ?

— Ecam. (@esyamyaacob) August 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Is it true awie wings meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya?

— haziq(@Tiffaziq) August 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Awie meninggal dunia ?

— COCO(@CocoAmir) August 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini merupakan kali kedua tahun ini khabar angin kononnya Awie telah meninggal dunia.
Pada bulan Mei, laporan yang sama mengenai 'Awie Lahad Datu' turut dikongsi semula sehingga menimbulkan cemas dikalangan peminat rocker itu.
#Awie #khabar angin #media sosial
;