Apa soalan panas yang dijawab Aaron dalam Sembang Teh Tarik?
Astro Awani
Mei 5, 2014 07:14 MYT
Mei 5, 2014 07:14 MYT
Kembali untuk musim kedua, program bual bicara Sembang Teh Tarik, yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal mula mendapat perhatian apabila disiarkan tahun lalu.
Tanpa menggunakan skrip, sebaliknya hanya panduan bagi pengacara untuk mengacarakan program bual bicara itu.
Untuk episod pertama yang bakal disiarkan malam ini, pelakon terkenal Aaron Aziz dipilih sebagai artis jemputan.
Apakah agaknya soalan panas yang ditanya AC kepada selebriti jemputan pertama musim kedua ini?
Selesai rakaman, Astro AWANI berpeluang untuk mewawancara pelakon filem KL Gangster itu yang juga merupakan hos untuk program Fear Factor Malaysia.
Menjadikan AC Mizal sebagai idolanya dalam bidang pengacaraan, Aaron belajar banyak aspek dalam pengacaraan bagi menambahkan pengalamannya dalam bidang tersebut.
Pelakon terkenal itu mengaku agak risau pada mulanya kerana program bual bicara itu dirakam tanpa menggunakan skrip.
Tambah AC, jika artis tidak terbuka agak sukar untuk mengacara sebuah program bual bicara tanpa skrip.
Namun rakaman tersebut berjalan lancar apabila Aaron bersifat terbuka dan merasai kemesraan serta kepintaran pengacaranya dalam mengendalikan rakaman tersebut.
Tertarik untuk mengacarakan sebuah program bual bicara, Aaron berkata ia mahu mencari kelainan. Antaranya mendapatkan persoalan yang belum pernah dijawab oleh seseorang artis.
Pada musim terdahulu, antara selebriti jemputan yang mendapat perhatian ramai termasuk Noh Hujan, Harith Iskander dan Lisa Surihani.
Program itu diarahkan oleh Faizul Jais dan diterbitkan oleh Naomi Lim selaku produser.
Sembang Teh Tarik musim kedua bakal disiarkan malam ini, setiap Selasa pukul 10 malam di saluran Astro WARNA.
Kongsikan pandangan anda dengan hashtag #SembangTehTarik malam ini.