'Apa saja rezeki, arwah akan kongsi' - siapa sangka rupanya Ashraf Sinclair penderma tetap di...

Gempak
Februari 18, 2020 04:30 MYT
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi Selasa (waktu tempatan).

PEMERGIAN Allahyarham Ashraf Sinclair pada awal pagi semalam pastinya diratapi seluruh peminat baik di Malaysia mahupun Indonesia.

Namun apa membuatkan ramai tersentuh adalah amalan mulia dilakukan arwah sepanjang hayatnya masih ada.

Antara yang didedahkan adalah kegiatan arwah yang menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta, Indonesia.

Menerusi laporan Detik Hot, pengurus yayasan tersebut Ahmad Habib berkata, dia masih terkejut dan tidak percaya dengan berita yang diterima mereka pada awal pagi tadi .

Malah, anak-anak yatim di yayasan berkenaan turut bersedih apabila dimaklumkan dengan perkara berkenaan.

"Beliau ini adalah penderma tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Baik hati dan tidak segan menyapa.

"Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini.

"Apa saja rezeki yang diterima arwah, dia akan berkongsi dengan kami. Ashraf juga sering datang ke yayasan dan kehadiran terakhir arwah ke sana adalah pada dua bulan lepas," katanya.

Terdahulu pada Selasa, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).

Sumber: DetikHot

#arwah #Ashraf Sinclair #BCL #Bunga Citra Lestari #derma #Indonesia #Malaysia #meninggal dunia #rezeki #sumbangan
;