Apa rancangan menarik Astro pada Malam Raya nanti?

Astro Awani
Julai 27, 2014 01:54 MYT
Rancangan hiburan Raya Line Clear bakal menampilkan Nabila Huda, Izzue Islam, Eira Syazira dan ramai lagi
Malam raya anda semestinya bakal dipenuhi dengan program-program istimewa di 13 rangkaian terpilih Astro.
Antara yang menarik pada malam raya adalah rancangan hiburan Raya Line Clear yang bakal dibawakan secara siaran langsung pada pukul 9:15 malam di saluran 104 Asto Ria dan Saluran Maya HD (135).
Raya Line Clear akan menampilkan artis-artis terhangat seperti Nabila Huda dan anaknya, Izzue Islam serta isteri, Eira Syazira dan Azad Jasmin dan juga Hazama.
Selain itu, filem Hantu Bonceng akan disajikan pada pukul 11:15 malam di saluran Maya HD.
Astro Prima Saluran 105 turut menyiarkan filem menarik ‘Bus Konduktor’ pada pukul 4 petang.
Tidak ketinggalan Astro Indopek Bintang akan menyiarkan rancangan hiburan Boom Raya yang dihoskan oleh pelawak Ajak Shiro yang bakal menampilkan Ajak meraikan Syawal bersama beberapa artis ternama Indonesia.
#Ajak Shiro #Malam raya #Raya Line Clear