"Apa guna pakai tudung tapi tak sembahyang?" - Adik Neelofa 'sound' netizen biadap

Gempak
Januari 5, 2018 14:01 MYT
Nur Ameera jawab teguran netizen di Twitter selepas netizen beri komen sinis terhadap Insta story mengenai pemberian sejadah oleh kakaknya, Neelofa.-foto Twitter Nur Ameera Khan
PERKONGSIAN sejadah pemberian kakak sendiri, Neelofa, di Insta Story Nur Ameera Khan baru-baru ini mengundang reaksi sinis netizen.
Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya telah meninggalkan komen melampau menerusi Insta Story itu.
"Tak pakai tudung pun nak sembahyang," tulis individu berkenaan.
Ameera bagaimanapun membalas komen yang dilemparkan oleh netizen terbabit menerusi akaun Twitternya, @nurameerakhan menjelaskan tohmahan individu itu tidak berasas.
"Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Naelofa, kemudiannya ada seseorang komen 'tak pakai tudung pun nak sembahyang'.
"Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam.
"Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang.
"Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya," tulisnya.
#hijab #Insta Story #isu tudung #media sosial #Neelofa #Nur Ameera Khan #Sejadah #Twitter
;