Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya telah meninggalkan komen melampau menerusi Insta Story itu.
"Tak pakai tudung pun nak sembahyang," tulis individu berkenaan.
Ameera bagaimanapun membalas komen yang dilemparkan oleh netizen terbabit menerusi akaun Twitternya, @nurameerakhan menjelaskan tohmahan individu itu tidak berasas.
"Saya ada letakkan hadiah sejadah dan tudung yang saya dapat daripada Naelofa, kemudiannya ada seseorang komen 'tak pakai tudung pun nak sembahyang'.
"Hubungan saya dengan Allah tidak perlu dibuka untuk penilaian orang awam.
"Adalah lebih baik untuk saya mula berdoa ke arah yang lebih baik (berhijab). Apa gunanya pakai tudung tapi tak sembahyang.
"Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya," tulisnya.
So I posted a story of a prayer mat and veil I got from Naelofar and I saw this one reply to it that says “tak pakai tudung pun nak sembahyang