Anzalna Nasir selamat lahir bayi lelaki 31 Mei lalu

Astro Awani
Jun 3, 2019 14:07 MYT
Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki timang bayi Ramadan pada minggu lalu yang melengkapkan rumah tangga mereka. - Gambar Instagram ANZALNA NASIR
PELAKON popular dan jelita, Anzalna Nasir selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.
Berita gembira itu diumumkan suami artis berkenaan, Hanif Zaki di laman Instagram peribadinya pada tengah hari Isnin.
Menurut Hanif, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
"Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki kami pada 31/5/2019, Jumaat yg lalu.
"Perasaan yg tak dapat saya gambarkan. Both baby and mummy are well and ready to rock my world, syukur," kata Hanif dalam entrinya itu.
Sebelum ini, Anzalna dan Hanif mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki dalam satu sidang media.
Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna.
"Semenjak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.
"Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya telah melahirkan tiga anak perempuan.
"Sebenarnya, saya dan suami tak kisah jantina anak kami, asalkan bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat," kata Anzalna kepada media.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
#Anzalna Nasir #Anzalna Nasir selamat lahir bayi lelaki 31 Mei lalu #bayi #Hanif Zaki #pelakon
;