Anzalna Nasir hamil anak kedua, dijangka lahir sempena Syawal

Gempak
April 3, 2022 14:40 MYT
Azalna memaklumkan, usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan dan dijangka melahirkan anak sempena Syawal.
PELAKON Anzalna Nasir mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya, Azalna memaklumkan, usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.
"Alhamdulillah, Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another 'Eid' baby. Inshallah," tulisnya.
Dalam hantaran sama juga, Anzalna turut memohon untuk mendoakan proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan selain diberikan kesihatan yang baik.
“Untuk itu mohon doa semu agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik,” coretnya.
Terdahulu, anak sulung Anzalna iaitu Mohamad Eidrees dilahirkan sewaktu bulan Syawal iaitu pada 31 Mei 2019.
Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
#Anzalna Nasir #hamil anak kedua #Mohamad Eidrees #Hanif Zaki
;