Anzalna berhasrat kahwin awal
Astro Awani
April 3, 2013 17:26 MYT
April 3, 2013 17:26 MYT
Selepas lima tahun bercinta, Anzalna merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan dan bersedia bergelar isteri pada usia muda.
Walaubagaimanapun dia akan terus berlakon dengan keizinan suami.
Sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan pelakon berusia 25 tahun ini, Anzalna tidak pernah berselindung mengenai teman lelakinya yang bernama Hanif Zaki.
Anzalna yang popular menerusi drama bersiri Adam dan Hawa, bersyukur kerana menerima tawaran berlakon tidak putus-putus.
Anzalna ditemui pemberita di majlis Pesta Berlian anjuran Habib 2013 di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin petang.