Anugerah World Music ditunda

Astro Awani
Disember 21, 2012 07:00 MYT
Majlis "Anugerah World Music" sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ditunda pada saat-saat akhir.
Pihak penganjur menyatakan masalah visa dan logistik sebagai punca.
Berita itu diumumkan dua hari sebelum acara untuk tahun ke-23 itu berlangsung di Miami.
Pihak penganjur turut menyatakan penangguhan itu bagi menghormati keluarga mangsa tragedi tembakan di Connecticut minggu lalu.
Meminta maaf atas penundaan itu, pihak penganjur berterima kasih atas sokongan artis serta peminat yang membuat undian secara dalam talian.
Undian akan terus dikekalkan untuk tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.
Datuk Siti Nurhaliza dan Shila Amzah menjadi wakil negara tahun ini.
Mereka bakal berentap dalam kategori "Artis Wanita Terbaik" di samping Adele, Alicia Keys, Beyonce, Katy Perry dan ramai lagi.
Manakala Shila turut tercalon dalam kategori "Penghibur Terbaik" dan sudah berada di Miami kerana dijadualkan membuat persembahan.
#Adele #Alicia Keys #Anugerah World Music #Beyonce #Datuk Siti Nurhaliza #ditunda #Katy Perry #Miami #Shila Amzah
;