Anugerah Grammy dijadual semula pada 3 April akibat COVID-19
Bernama
Januari 19, 2022 13:42 MYT
Januari 19, 2022 13:42 MYT
WASHINGTON: Anugerah Grammy 2022 telah dijadualkan semula pada April ini selepas ditangguhkan akibat krisis COVID, lapor Sputnik, memetik kenyataan akhbar Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason.
"Saya berbesar hati mengumumkan bahawa Anugerah Grammy tahunan ke-64 telah dijadualkan semula dan bakal bersiaran secara langsung dari MGM Grand Garden Arena di Las Vegas pada Ahad, 3 April," kata Mason pada Selasa.
Majlis anugerah muzik berprestij selama 3.5 jam itu akan disiarkan secara langsung di CBS bermula jam 8.00 malam EST (1.00 pagi GMT) dengan pengacaranya Trevor Noah dari The Daily Show, menurut kenyataan itu.
Akademi Rakaman dan CBS pada awal Januari mengumumkan penangguhanan acara itu yang sepatutnya berlangsung pada 31 Jan, berikutan kes membabitkan varian Omicron yang terus meningkat.
-- BERNAMA