Anugerah AMA: Taylor Swift dinobat Artis Sepanjang Dekad?
Agensi
November 1, 2019 11:33 MYT
November 1, 2019 11:33 MYT
BINTANG pop popular Taylor Swift dijangka menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini di American Music Awards (AMA) yang dijadualkan berlangsung pada 25 November depan.
Sebelum ini, Swift pernah memenangi empat trofi anugerah artis sepanjang tahun selain dicalonkan bagi kategori sama pada tahun ini.
Penyanyi lagu "Lover" itu juga pernah membawa pulang 23 trofi AMA, sekali gus menjadikan Swift sebagai artis paling top sepanjang dekad ini.
Malah, penyanyi berusia 29 tahun itu juga merupakan penyanyi wanita yang paling banyak menerima trofi AMA.
Dengan tujuh album yang dimilikinya, Swift turut tercalon dalam beberapa kategori seperti Muzik Video Paling Digemari, Artis Wanita Pop Paling Digemari, Album Pop Paling Digemari dan Artis Kontemporarii Paling Digemari.
#AMA
#American Music Awards
#artis paling top sepanjang dekad
#Artis Sepanjang Dekad
#bintang pop
#Taylor Swift