Antara banyak bantuan yang berjaya disampaikan, Ebit Lew masih ralat...
Asyraf Roslan
Disember 6, 2020 11:36 MYT
Disember 6, 2020 11:36 MYT
KUALA LUMPUR: Jika disebut nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, apa yang terlintas di fikiran orang ramai adalah tentang kebaikannya membantu orang yang dalam kesusahan.
Bukan sahaja menolong sesama manusia dalam malah baru-baru ini beliau juga menggerakkan usaha dalam membantu haiwan sejurus menerima panggilan daripada pihak Zoo Negara.
Menjadi figura yang sangat terkenal dengan kerja amal, Ebit Lew kini memiliki program keduanya di kaca televisyen iaitu Jejak Ebit Lew.
Jejak Ebit Lew ini merupakan kesinambungan daripada program terdahulu iaitu Door To Door milik Ebit.
Program realiti yang berkonsepkan majalah ini akan membawa penoton untuk menghayati paparan eksklusif di sebalik misi kebajikan yang dilakukan pendakwah ini bersama 20 orang pasukannya serta empat kru daripada pihak produksi.
Pada masa sama, Ebit Lew menyatakan bahawa di setiap lokasi yang disinggahi, mereka hanya dapat menghabiskan sekitar satu atau dua jam sebelum beralih ke lokasi lain agar dapat melakukan sebanyak mungkin misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Walaupun ada yang saya bantu, terutama yang viral sebab mereka memang memerlukan, namun masih banyak juga yang saya 'kecewakan' kerana tidak dapat membantu dan hulurkan pertolongan," kata Ebit Lew.
Anda boleh saksikan klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul Jejak Xtra Ebit Lew pada setiap hari Isnin, jam 6.55 petang bermula 7 Disember 2020.
Program Jejak Ebit Lew pula akan bersiaran sepanjang 61 buah episod pada setiap hari Isnin, jam 9 malam mulai 7 Disember 2020 di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).
Jejak Ebit Lew juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Ebit Lew
#Jejak Ebit Lew
#pendakwah bebas
#Zoo Negara
#Astro Prima
#sumbangan
#kebaikan
#bantuan
#kemanusiaan
#Astro