Anna Kournikova, Enrique Iglesias dapat anak kembar
Gempak
Disember 19, 2017 16:00 MYT
Disember 19, 2017 16:00 MYT
PASANGAN penyanyi Enrique Iglesias dan pemain tenis Rusia, Anna Kournikova akhirnya menimang cahaya mata kembar yang diberi nama Nicholas dan Lucy.
Bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan pada hari Sabtu lalu di Miami, Florida, Amerika Syarikat, lapor portal hiburan, TMZ.
Hubungan Enrique, 42, dan Anna, 36, jarang diperkatakan media memandangkan kedua-duanya bijak berahsia, begitu juga berita kehamilan Anna.
Enrique dan Anna dilaporkan telah bersama sejak 2001 selepas bertemu semasa pengambaran muzik video penyanyi Sepanyol itu.
Namun mereka merahsiakan hubungan itu dan jarang sekali dilihat bersama di tempat awam.