Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024

Gempak
Mac 15, 2025 13:15 MYT
Anna Jobling teruja dengan tawaran berlakon dalam filem baharu selepas kejayaan di Gempak Most Wanted Awards 2024. -Gempak
SELEPAS mencipta kejayaan di Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024, pelakon jelita Anna Jobling mengakui dirinya teruja dengan tawaran berlakon dalam sebuah filem baharu nanti.

Ringkasan AI
  • Anna Jobling teruja dengan tawaran berlakon dalam filem baharu selepas kejayaan di Gempak Most Wanted Awards 2024.
  • Dia tidak menyangka akan menerima tawaran tersebut dan tidak sabar untuk berlakon dengan pemenang lain.
  • Anna juga menantikan skrip dan jalan cerita filem tersebut, serta berhasrat untuk menikmati pengalaman berlakon tanpa meletakkan harapan terlalu tinggi.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.
“Sebenarnya saya baru dapat tahu yang saya akan diberikan watak dalam filem terbaharu lepas menang Gempak Most Wanted Awards.
“Alhamdulillah, saya sendiri pun terkejut tapi dalam masa yang sama memang excited sebab tak sabar nak berlakon dengan semua pemenang lain” katanya kepada Gempak.
Anna berkongsi keterujaannya itu ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Bukan itu sahaja, aktres Melur Untuk Firdaus itu juga tak sabar nak menantikan skrip serta jalan cerita filem berkenaan.
“Saya tak sabar nak tahu filem ini tentang apa dan macam mana skrip dia nanti.
“Tapi saya tak nak letak expectation yang terlalu tinggi, yang penting just have fun, enjoy dan buat yang terbaik untuk karya ini,” kongsinya.
Terdahulu, Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang utama di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung pada Februari lalu.
Bukan itu sahaja, dia turut membawa pulang dua trofi bagi kategori Drama Tergempak dan Selebriti Tergempak. -Gempak
#Anna Jobling #Gempak Most Wanted Awards 2024 #tawaran berlakon filem #GMWA
;