Anita, Mahathir masih suami isteri - Noorkumalasari

Sinar Harian
Oktober 9, 2018 15:54 MYT
Anita Sarawak (kiri), Noorkumalasari (kanan). -Foto Sinar Harian

PENYANDANG Anugerah Khas Sepanjang Hayat ABP31, Noorkumalasari mengesahkan bahawa kakaknya Anita Sarawak dan Mahathir masih lagi suami isteri.

Kenyataan ini sekali gus menafikan bahawa pasangan tersebut sudah berpisah seperti gosip yang tersebar.

“Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar.

"Kakak saya sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Selain itu, pemilik nama Noor Kumalasari Mohamed Taib ini turut menafikan beberapa laporan yang mengatakan Anita menghidap penyakit kanser.

Seperti mana yang difahamkan kepada aktres 62 tahun ini lagi, Anita dan suaminya juga masih menetap di Amerika Syarikat cuma bukan lagi di Las Vegas sebaliknya sering berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain serta menjalankan perniagaan hartanah.

Sebelum ini dikatakan Anita dilihat di Singapura.

#ABP31 #Anita Sarawak #Anugerah Khas Sepanjang Hayat #Las Vegas #Mahathir Abdullah #Noorkumalasari
;