Anggota kumpulan 'Kool & The Gang' Dennis Thomas meninggal dunia
Agensi
Ogos 8, 2021 05:45 MYT
Ogos 8, 2021 05:45 MYT
DENNIS 'Dee Tee' Thomas, anggota pengasas kumpulan Kool & The Gang yang terkenal dengan hits seperti "Celebration" and "Get Down On It", meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Dia dilapor menghembuskan nafas terakhir semasa tidur pada Sabtu di New Jersey, menurut kenyataan wakilnya.
Thomas adalah pemain alto sax kumpulan, pemain flut dan perkusi, dan seringkali dipertanggungjawabkan sebagai pengacara dalam persembahan kumpulan itu.
Penampilan terakhir bersama kumpulan tersebut adalah pada 4 Julai lalu di Hollywood Bowl, Los Angeles.
Sepanjang kerjaya mereka, Kool & The Gang memenangi dua anugerah Grammy dan tujuh Anugerah Muzik Amerika.
Mereka juga diberi penghormatan pada tahun 2014 dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Soul Train.
Tujuh single mereka menduduki tangga teratas di UK, dengan yang terakhir pada tahun 2003 bersama Atomic Kitten dalam lagu "Ladies ’Night".
Muzik Kool & The Gang banyak digunakan dalam runut bunyi filem, termasuk dalam filem "Rocky", "Saturday Night Fever" dan "Pulp Fiction".
Thomas meninggalkan seorang balu Phynjuar Saunders Thomas, anak perempuan Tuesday Rankin, dan anak lelaki David Thomas dan Devin Thomas.
#Kool & the Gang
#DENNIS Thomas
#Dee Tee
#meninggal dunia
#Get Down On It
#Celebration
#alto sax
#flute
#perkusi