Anggota BTS, Jungkook kemalangan, langgar teksi

Gempak
November 5, 2019 13:21 MYT
Selepas kemalangan, Jungkook mengakui melanggar undang-undang jalan raya dan meneruskan proses soal siasat di balai polis.
ANGGOTA kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS Jungkook dilaporkan terlibat dalam kemalangan.
Berita itu disahkan oleh agensi pengurusannya, Big Hit Entertainment menerusi kenyataan rasmi hari ini.
“Kami ini memberikan kenyataan sebenar mengenai kes kemalangan yang melibatkan kenderaan dipandu Jungkook.
“Walaupun kami masih tidak dapat mengesahkan butiran lanjut kerana siasatan polis masih lagi belum selesai namun pihak kami boleh menyatakan bahawa kemalangan melibatkan Jungkook ini berlaku minggu lalu.
“Jungkook telah menyebabkan kemalangan ketika memandu kereta namun dia dan pemandu teksi kedua-duanya tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Selepas kemalangan, Jungkook mengakui melanggar undang-undang jalan raya dan meneruskan proses soal siasat di balai polis.
“Selepas itu, dia mendapat persetujuan bersama dengan pemandu teksi untuk menutup kes berkenaan.
“Sekali lagi kami memohon maaf kepada pemandu teksi dan juga peminat yang bimbang dengan kejadian yang berlaku ini. Terima kasih,” jelas wakil mereka.
Terdahulu, kemalangan kecil itu berlaku di kawasan kejiranan Hannam-dong, Seoul, Korea. Sumber: Koreaboo
#BTS #BTS Jungkook #Jungkook terbabit kemalangan #kereta #Korea Selatan #siasatan #undang-undang
;