Anggota BTS jalani latihan ketenteraan hingga 2025
Faida Rahim
Oktober 18, 2022 10:30 MYT
Oktober 18, 2022 10:30 MYT
ANGGOTA kumpulan K-pop, BTS dilapor akan menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun sehingga 2025.
Menurut kenyataan agensi, HYBE, semua anggota BTS perlu menjalani latihan ketenteraan seperti dijadualkan bermula dengan ahli tertua, Jin.
“Jin akan mulakan sesi latihan selama dua tahun, bermakna dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu.
“Jin akan membatalkan permintaan untuk menangguhkan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 dan mengikut prosedur pentadbiran tenaga kerja tentera yang berkaitan untuk pendaftaran," kata wakil agensi.
Semua anggota lain juga akan menjalankan tugas ketenteraan wajib mengikut rancangan masing-masing, tambahnya.
"Syarikat dan ahli BTS tidak sabar untuk bersatu semula sebagai pada tahun 2025 bagi menyambung komitmen sebagai satu kumpulan muzik," kata Bighit Music milik HYBE, yang menguruskan BTS, dalam satu kenyataan berasingan.
Mereka bersatu semula untuk mengadakan konsert percuma pada Sabtu di bandar Busan bagi menyokong usaha Korea Selatan menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030 di bandar pelabuhan itu.
Terdahulu, isu pengecualian anggota kumpulan BTS menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di Korea Selatan.
Di bawah undang-undang Korea Selatan, pemuda negara itu perlu menyertai perkhidmatan tentera wajib selama 18 sehingga 21 bulan.