Angelina Jolie ingin bersara?
Astro Awani
Disember 6, 2012 21:17 MYT
Disember 6, 2012 21:17 MYT
Angelina Jolie menyuarakan hasrat untuk bersara dari bidang lakonan demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.
Hasrat itu disuarakan dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen Britain.
Menurut bintang filem "Tomb Raider" itu, banyak perkara yang harus diuruskan apabila anak-anaknya meningkat remaja.
Biarpun seronok bergelar pelakon dan bertuah memiliki kerjaya itu, dia berasa lebih gembira sekiranya berada di samping anak-anak dan melihat mereka membesar di depan mata.
Bersama Brad Pitt, Jolie memiliki 6 cahaya mata yang berusia di antara 11 hingga 4 tahun.
Selain berlakon, dia mencuba bakat sebagai pengarah tahun lalu menerusi filem "In the Land of Blood and Honey”.