Android System SafetyCore - ciri amaran banteras kandungan tidak senonoh

Amanz
Februari 27, 2025 11:40 MYT
Google Messages kini mempunyai ciri amaran untuk kandungan tidak senonoh, yang akan mengaburkan mesej tersebut dan memberi amaran kepada pengguna sebelum menghantar atau menerima mesej tersebut. -Amanz
JIKA anda tidak mengikuti perkembangan berita mengenai Google Messages dan RCS, anda mungkin terlepas yang Google telah menambah satu ciri keselamatan yang cukup pintar.

Ringkasan AI
  • Google Messages kini mempunyai ciri amaran untuk kandungan tidak senonoh, yang akan mengaburkan mesej tersebut dan memberi amaran kepada pengguna sebelum menghantar atau menerima mesej tersebut.
  • Aplikasi sistem baharu ini mengendalikan ciri keselamatan dalam peranti Android, memastikan data diproses dalam peranti dan disulitkan, bukan di awanan.
  • SafetyCore juga membantu mengelakkan mesej spam melalui RCS, dan ciri ini akan tersedia untuk semua peranti Android, termasuk Android Go.

Ia adalah satu sistem amaran jika pengguna menerima dan ingin menghantar kandungan tidak senonoh.
Untuk menjayakan ciri ini, ia perlu diproses dari dalam peranti agar data semua disulitkan dan tidak diproses di awanan.
Disebabkan itu, baru-baru ini bagi mengaktifkan ciri ini dalam peranti Android akan ada aplikasi sistem baharu mula muncul iaitu Android System SafetyCore.
Dalam penyenaraian di Play Store, SafetyCore dinyatakan adalah aplikasi sistem untuk mengendalikan ciri keselamatan dalam peranti Android.
Dalam Google Messages, ciri pemesejan RCS kini menyertakan Sensitive Content Warning untuk membendung masalah kandungan tidak senonoh tersebar.
Kini jika pengguna menerima mesej dengan kandungan sebegini, secara masa nyata ia akan dikaburkan oleh sistem dan mesej amaran akan diberikan untuk makluman pengguna.
Amaran yang sama turut akan keluar jika pengguna ingin menghantar mesej dengan kandungan ini.
Untuk penerima, mesej turut akan dikepilkan bersama pautan untuk maklumat tambahan mengenai risiko menerima mesej tadi.
Android System SafetyCore turut akan membantu pengguna mengelak menerima pelbagai mesej spam menerusi RCS. Ciri ini akan diedarkan kepada semua peranti Android, termasuk Android Go. -Amanz
#Android #Android System SafetyCore #kandungan tidak senonoh #ciri amaran
;