Anding tidak puas hati dikritik menyanyi hanya sebagai hobi

Astro Awani
September 13, 2017 13:53 MYT
Anding tersingkir minggu kelima Akedemi Fantasia musim kedua. - Foto Instagram / Anding Indrawani Zaini
Penyanyi dan pelakon teater, Anding Indrawani menyuarakan ketidakpuasan hati apabila dikritik menyanyi sebagai hobi pada Konsert AF Megastar Homecoming Ahad lalu.
Melalui status Instagram peribadi, Anding, 34 tahun berkata karier sebagai seorang penyanyi merupakan sumber pendapatan utama buat dirinya.
“What I do mind is when my career is being define as a HOBBY! Its not just a hobby. Its my career and my future,” kata Anding.
Anding yang merupakan pelakon teater MUD: Our Story of Kuala Lumpur kesal apabila dikritik berdasarkan satu persembahan dan bukan atas usaha beliau selama ini.
MUD: Our Story of Kuala Lumpur dipentaskan di Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai 21 Jun 2014.
“Anda tidak mengikuti perkembangan saya selama 13 tahun dan hanya menilai saya berdasarkan satu persembahan, saya ingin memberitahu bahawa hobi tidak menentukan usaha yang saya lakukan untuk membuat persembahan,” ujarnya.
Anding turut menyatakan pencapaian yang telah dilakukan sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam bidang industri melalui statusnya.
Selepas beliau menyanyikan lagu medley Feeling Good dan I Feel Good juri tetap Datuk Ramli MS memberi komen pedas dengan berkata vokal Anding bertambah baik jika dibandingkan dengan tahun 2004 ketika pemuzik terkenal itu menyandang jawatan sebagai pengetua Akademia Fantasia.
Ramli turut berkata lakonan Anding adalah lebih baik dari nyanyianya dan tidak mampu menandingi nyanyian peserta AF Megastar yang lain.
Status Instagram Anding mendapat perhatian orang ramai yang terus memberi sokongan kepada karier seni beliau.
#AF Megastar #Anding #Ramli MS #selebriti
;