Anak Yusof Haslam tidak dibenar menjalankan penggambaran di FINAS

Arfa Yunus
Februari 13, 2014 07:10 MYT
Syafiq Yusof (Bertopi) - Gambar Fail
Anak kepada pengarah terkemuka negara, Datuk Yusof Haslam tidak dibenar menjalankan penggambaran di salah sebuah studio di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Syafiq Yusof, 22 yang juga merupakan seorang pengarah menyuarakan kekecewaannya di laman Twitter dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan FINAS yang dianggap tidak memberi kerjasama terhadap krew filem untuk menjalankan penggambaran.
Sewaktu dihubungi Astro AWANI semalam, Syafiq berkata, beliau terpaksa mencari lokasi lain selepas beliau dan krew produksinya disuruh untuk menjalankan penggambaran di bahagian luar studio FINAS sahaja.
“FINAS adalah pusat filem, untuk anak-anak filem menjalankan penggambaran. Jika hendak menjalankan penggambaran di luar, ia memakan belanja yang besar. Sepatutnya FINAS menolong kami,” kata Syafiq.
Menurut Syafiq, beliau telah mendapat kebenaran mengadakan penggambaran di FINAS sehari sebelum kejadian tersebut berlaku, namun pada semalam, pegawai bertugas ketika itu tidak membenarkannya masuk.
"Saya nampak orang main badminton dan penuh raket badminton di sana sini. Bermain badminton lebih pentingkah daripada menjalani penggambaran? Bukankah bangunan FINAS sememangnya tempat buat krew penggambaran menjalankan tugas kami?" tambah Syafiq.

Hari ni aku shoot kat studio finas, tiba2 org in-charge dia kata aku cuma boleh shoot kat depan pintu studio jer.

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku tanya kenapa, dia kata staff dia nak main badminton dalam studio finas. Ini perbadanan kemajuan filem ke perbadanan kemajuan sukan?

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Finas tu tempat filem! Tapi orang filem pula disisirkan. Takkan la tak paham kerja shooting macam mana?

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini lah jadi nya kalau orang bukan filem jaga tempat filem.

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pagi2 dah sakit jiwa, takpe cari studio lain. Kerja shooting memang selalu sakit jiwa. Tu memang makanan kitaorang hari2.

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pihak FINAS pagi ini memohon maaf kepada Syafiq dan krew produksinya atas kesulitan dan salah faham yang berlaku pada semalam.
Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah berkata dalam satu kenyataan bahawa teguran yang diberikan akan diambil perhatian sewajarnya.
“FINAS dengan ini akan terus komited dan utuh bekerjasama bersama penggiat industri filem tempatan dan sebarang masalah serta pandangan boleh disalurkan secara rasmi di Pengaduan Awam ISPAA atau boleh terus berhubung ke Unit Komunikasi Korporat FINAS,” katanya.
Kira-kira jam 10.50 pagi tadi, Syafiq sekali lagi menghantar tweet menyatakan isu ini telahpun diselesaikan antara beliau dan pihak Finas.

Everything is solved with me and finas management. Orang berbudi, kita berbahasa, mohon maaf kalau terkasar bahasa.

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) February 13, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, menjawab tweet yang dihantar oleh Syafiq, Pembantu Tadbir Finas, Farahin Hayazi menyatakan Syafiq tidak membuat sebarang tempahan.
Dalam tweetnya Farahin menegaskan bahawa tempahan perlu dibuat sebelum penggambaran boleh dilakukan dan mengikut prosedur yang telah disediakan oleh Finas.

@syafiqyusof finas provide facilities, klau ada yg nk guna of course they will allow u to get in. Klau u x booked, how come u boleh guna.

— farahinhayazi (@farahinhayazi) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@syafiqyusof ok, ibaratkan ada org dtg uma adik and tiba2 nak guna brg u without permission. U nk bg x?

— farahinhayazi (@farahinhayazi) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@syafiqyusof N u need to understand, Finas provide facilities utk semua pengiat filem, yg penting follow rules yg kami sediakan. Tq.

— farahinhayazi (@farahinhayazi) February 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#FINAS #pengarah #Penggambaran #Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah #Syafiq Yusof