Anak Yana Samsudin dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut

Gempak
Ogos 6, 2017 18:18 MYT
Foto beserta kapsyen yang ditulis menunjukkan perkembangan terbaru anak kesayangan pasangan Yana dan Fadzil Zahari itu. - Instagram Yana Samsudin
ANAK kepada pelakon Yana Samsudin, Aisy Mateen telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD).
Berita itu didedahkan menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Aisy Mateen sebentar tadi.
Foto beserta kapsyen yang ditulis menunjukkan perkembangan terbaru anak kesayangan pasangan Yana dan Fadzil Zahari itu.
“Mateen okay. Doktor dah cakap Mateen kena jangkitan yang menyebabkan sel darah putihnya tinggi dalam masa yang sama juga dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD).
“Mateen tak pernah ke Taska dan dijaga sepenuhnya oleh mommy sendiri dan nenek.
“Lepas ni mommy kena jaga- jaga tak boleh bagi mateen main-main di playground pasaraya atau terima apa- apa mainan dari orang sembarangan.
“Terima kasih aunty, uncle, kakak dan abang atas doa dan ucapan. Mateen okay demam dah tak ada cuma gatal sikit je!!,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan Mateen mula meninggalkan komen yang mendoakan supaya anak kecil itu cepat sembuh.
Mateen kini dirawat di hospital pakar, KPJ Damansara.
#anak #Hospital #Instagram #tangan kaki dan mulut #Yana Samsudin
;