Anak Robin Williams tutup akaun Twitter, Instagram

Astro Awani
Ogos 14, 2014 13:43 MYT
Zelda ketika masih kecil bersama bapanya Robin Williams
Anak perempuan mendiang pelakon Robin Williams menjauhkan diri daripada akaun Twitternya selepas dibuli di jaringan media sosial itu susulan kematian bapanya yang dikatakan akibat membunuh diri pada Selasa.
Dalam mesej terakhirnya awal pagi Khamis, Zelda, 25 menulis beliau mungkin akan memadamkan akaun itu dan tidak akan kembali menggunakannya lagi.

I'm sorry. I should've risen above. Deleting this from my devices for a good long time, maybe forever. Time will tell. Goodbye.

— Zelda Williams (@zeldawilliams) August 13, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Telegraph sementara itu melaporkan Zelda turut menutup akaunnya di Instragram.
Menurut Zelda beliau "menggigil" selepas menerima sekeping gambar yang dikirimkan melalui Twitter yang kononnya menunjukkan jasad bapanya. Gambar itu sebenarnya imej seorang lelaki yang mati menggantung diri yang kebetulan mirip wajah pelakon terkenal itu.
Akaun dua pengguna Twitter yang mengirimkan foto tersebut serta beberapa kenyataan yang mencerca Zelda kemudiannya digantung jaringan sosial itu.
Ini bukan kali pertama Zelda berdepan dengan pembuli di jaringan media sosial. Beliau yang juga seorang pelakon mempunyai lebih kurang 280,000 pengikut di Twitter, Instagram dan Tumblr.
Williams, 65, ditemui mati tergantung di rumahnya di San Francisco selepas menderita akibat kemurungan.
Mendiang dilaporkan murung antara lain selepas terpaksa bersetuju berlakon dalam filem susulan Mrs. Doubtfire semata-mata kerana kesempitan wang.
#buli #bunuh diri #media sosial #robin williams #Zelda Williams
;